Persidangan Perkongsian Pengalaman Falun Dafa diadakan di Malaysia (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa.org.my) Satu Persidangan Perkongsian Pengalaman Falun Dafa diadakan di Malaysia pada 3 Januari 2010 di Kuala Lumpur. Sebelas pelajar berkongsi pengalaman mereka dalam kultivasi.

Dewan Persidangan

Pelajar Afan, berumur tiga puluh empat tahun, mempunyai banyak tabiat buruk dan kawan jahat sebelum ini. Isterinya cuba untuk menceraikan dia. Selepas sembilan bulan berlatih Falun Gong, dia menghentikan sebahagian besar tabiat buruknya. Dia berkata, Perubahan bagus berlaku kepada saya dalam sembilan bulan yang lepas. Badan saya semakin kuat dan sifat iblis saya telah hilang. Saya telah melepaskan banyak keteringkatan hati, yang menjadikan isteri dan anak saya bahagia.

Cik Zheng mulai berlatih Falun Gong pada tahun 2004. Dia menceritakan bagaimana dia berklarifikasi kebenaran kepada rakan-rakan sekerjanya. Oleh kerana ekonomi buruk, bosnya memecat banyak pekerja, dan dia adalah salah seorang daripadanya. Bosnya juga berkata dia dipecat kerana menyebarkan Falun Gong di antara rakan-rakan sekerjanya. Dia terkejut. Apabila dia bertenang semula, dia membaca Fa dan melihat ke dalam. Dia melepaskan keteringkatan hati dan berklarifikasi kebenaran kepada bosnya. Anehnya, sikap bosnya berubah, dan perniagaan syarikat menjadi lebih baik. Sekarang bosnya amat baik terhadapnya.

Cik Zhu mulai berlatih tiga tahun yang lepas, dan Falun Gong telah menyembuhkan banyak penyakitnya. Dia berkata, Ia adalah tidak mudah bagi seseorang untuk memperolehi Fa, oleh itu kita harus menghargai kesempatan ini. Saya benar-benar merasakan kebesaran hati Master. Kita harus membantu Master membetulkan Fa. Dia berkata kita harus membantu rakan pelajar, jika mereka mengendur dalam kultivasi.

Beberapa pelajar berkongsi pengalaman mereka dalam bekerjasama sesama sendiri ketika berklarifikasi kebenaran. Cik Tang berbicara tentang bagaimana untuk mengkikiskan keteringkatan kecemburuan dan semangat bersaing. Seorang pelajar Barat dari Switzerland berbicara bagaimana dia melepaskan ketakutan dan egoisme. Dia memperolehi Fa pada Ogos 2008. Apabila dia mulai berlatih, dia tidak dapat meditasi duduk lebih daripada setengah jam. Beberapa bulan kemudiannya, dia boleh melakukannya selama satu jam, tetapi mempunyai kesakitan setiap kali. Pada satu hari, dia menyedari bahawa dia harus mengkikiskan pemikiran marahnya yang dikembangkan dalam masyarakat harian. Apabila dia cuba, dia mendapati bahawa kesakitan di kakinya hilang semasa meditasi. Dia menyedari apa yang penting dalam kultivasi adalah melepaskan keteringkatan hati.

Persidangan tamat dengan berjaya pada pukul 5 petang.

Versi Cina boleh diperolehi di http://minghui.ca/mh/articles/2010/1/5/215755p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://clearwisdom.net/html/articles/2010/1/7/113737p.html